- JBS Kelantan
- Hits: 22
PENJAWAT AWAM GUA MUSANG SERTAI MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI SIRI 2 (SENAMROBIK)
- JBS Kelantan
- Hits: 22
GUA MUSANG, 4 Ogos 2025 – Seramai 39 orang penjawat awam dari Wisma Persekutuan Gua Musang serta pelbagai agensi kerajaan daerah Gua Musang telah menyertai Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 2 (Senamrobik) yang telah diadakan pada 31 Julai 2025 (Khamis) bertempat di kawasan sekitar Taman Tasik Gua Musang, bermula pada jam 8.00 pagi.
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Shahabuddin bin Haji Deraman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa penyertaan penjawat awam dalam program kesihatan seperti ini adalah satu contoh teladan positif dalam menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang serta Puan Nurul Syifa binti Husni, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Gua Musang. Kehadiran mereka turut mencerminkan komitmen padu pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang dalam memperluaskan pelaksanaan program berteraskan komuniti dan kesejahteraan.
Aktiviti senamrobik yang dijalankan dalam suasana segar dan terbuka di persekitaran Taman Tasik Gua Musang telah memberi impak positif dari segi kecergasan fizikal dan pengukuhan hubungan antara penjawat awam pelbagai agensi.
Program ini merupakan antara siri di bawah inisiatif Malaysia Aktif @ Komuniti, yang menyasarkan peningkatan kesedaran kesihatan serta penglibatan menyeluruh komuniti dalam gaya hidup aktif dan seimbang.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang merakamkan penghargaan kepada semua peserta dan agensi yang terlibat serta berharap penglibatan aktif seperti ini akan terus diperkasa dalam program-program seterusnya.