PUAN NURUL SYIFA TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025

BANGI, 3 Ogos 2025 – Puan Nurul Syifa binti Mat Husni, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2025 sebagai pengiktirafan atas komitmen tinggi, dedikasi dan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan awam.

Majlis penganugerahan tersebut berlangsung dalam suasana penuh gemilang sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Apresiasi Tahun 2025, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang telah diadakan pada 29 Julai 2025 (Selasa), jam 2.15 petang, bertempat di Bangi Avenue Convention Center (BACC).

Majlis berprestij ini telah dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, yang turut menyampaikan anugerah kepada para penerima. Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua penerima anugerah yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang dan berterusan, sambil menekankan kepentingan meneruskan budaya kerja berintegriti, berinovasi dan berorientasikan perkhidmatan kepada rakyat, terutamanya dalam usaha melahirkan belia Malaysia yang progresif dan berdaya tahan.

Penganugerahan ini bukan sahaja mengiktiraf jasa dan usaha Puan Nurul Syifa dalam memacu pembangunan belia di peringkat daerah, malah menjadi pencetus semangat kepada semua warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Daerah lain untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti dan semangat juang tinggi.

Tahniah diucapkan kepada Puan Nurul Syifa atas pencapaian cemerlang ini!

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search