- JBS Kelantan
- Hits: 31
Program MaRak Fun Run Meriahkan Program Madani Rakyat Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 31
Kota Bharu, 10 Ogos 2025 – Program Madani Rakyat Negeri Kelantan terus mencuri tumpuan dengan pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan di bawah inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan termasuk aktiviti MaRak Fun Run, Pertandingan Slingshot, Pertandingan Bola Keranjang 3-on-3, dan sesi Mari Mencuba Esport yang terbuka kepada orang ramai.
Sebelum acara utama MaRak Fun Run bermula, para peserta disegarkan dengan sesi senam cergas yang dikendalikan oleh Kelab Aerobik Panji. Sesi ini turut disertai oleh barisan kepimpinan utama termasuk:
- YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri MOSTI
- YB Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri MOSTI
- YBrs En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- YBrs En. Richard Barahim, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan KBS
- YBrs En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan
Majlis pelepasan peserta MaRak Fun Run telah disempurnakan dengan penuh semangat oleh YB Menteri MOSTI, YB Dato' Timbalan Menteri MOSTI, YBrs Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan KBS, YBrs Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan YBrs Pengarah Urusan iMedikel. Menariknya, YB Menteri MOSTI turut menyertai larian bersama peserta, menunjukkan sokongan padu terhadap gaya hidup sihat dan semangat komuniti.
Selain larian, pengunjung berpeluang mencuba aktiviti Slingshot, menyaksikan aksi sengit dalam Pertandingan Bola Keranjang 3-on-3, dan merasai pengalaman dunia digital melalui sesi Mari Mencuba Esport yang direka khas untuk memperkenalkan sukan elektronik kepada masyarakat umum.
Program ini bukan sahaja memupuk gaya hidup aktif, tetapi juga memperkukuh semangat perpaduan dan keterangkuman selaras dengan aspirasi Malaysia Madani. Kehadiran pemimpin negara dalam aktiviti bersama rakyat membuktikan komitmen kerajaan dalam mendekati masyarakat melalui pendekatan yang inklusif dan mesra belia.
Disediakan oleh : Urus setia Portal Bahagian Sukan JBSNK