- JBS Kelantan
- Hits: 74
TKSU (P) KBS Tinjau Progress Pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau Bagi Persiapan SUKMA
- JBS Kelantan
- Hits: 74
Pasir Puteh, 9 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Encik Abdullah bin Hasan, telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh bagi meninjau perkembangan pembinaan yang sedang giat dijalankan sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2028 dimana Negeri Kelantan akan menjadi tuan rumah.
Lawatan ini bertujuan memastikan projek pembinaan stadium tersebut berjalan mengikut jadual, menepati spesifikasi teknikal, dan memenuhi piawaian keselamatan serta keselesaan untuk kegunaan atlet dan penonton pada masa akan datang.
Sepanjang lawatan, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyampaikan taklimat kemajuan projek yang merangkumi status terkini kerja-kerja pembinaan, fasa-fasa utama yang sedang dilaksanakan, serta langkah-langkah mempercepatkan penyempurnaan fasiliti seperti trek balapan, padang, pencahayaan, tempat duduk penonton dan bilik persalinan.
Turut hadir ialah YB. Zamakhshari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan; Encik Sazli Mahmood, Ketua Unit Rakan Muda mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan; wakil pihak JKR; serta kontraktor pelaksana projek.
Dalam ucapannya, Encik Abdullah menegaskan bahawa stadium ini merupakan mercu tanda baharu pembangunan sukan di Kelantan dan perlu disiapkan mengikut perancangan agar SUKMA dapat dilaksanakan dengan lancar. Beliau turut menyeru semua pihak terlibat agar terus memberi komitmen penuh bagi memastikan projek ini siap tepat pada masanya.
Pihak JBSN Kelantan merakamkan penghargaan atas sokongan padu KBS, pemantauan rapi oleh pihak JKR, serta kerjasama erat Kerajaan Negeri Kelantan dalam memastikan kelancaran projek ini demi kejayaan penganjuran SUKMA.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan