TRANSFORMASI RAKAN MUDA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN (JBSNK) : TEAM BAHARU RAKAN MUDA DIPERKENALKAN

Kota Bharu, 5 Ogos 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) telah membuat pelantikan baharu Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM) Negeri Kelantan 2025 yang akan memacu pelaksanaan inisiatif dan program rakan muda selaras dengan Dasar Belia Malaysia dan hala tuju Rakan Muda.

BPRM ini akan memainkan peranan penting dalam memperkasa 10 Gaya Hidup Rakan Muda, termasuk aspek kesukarelawanan, keusahawanan, kesenian, sukan, dan kepimpinan belia, serta memperkukuh jaringan komuniti dan pembangunan modal insan belia negeri.

Antara objektif utama team BPRM ini adalah:
 -Menyelaras program-program Rakan Muda di peringkat daerah dan negeri
 -Menjadi pemacu utama kepada pelaksanaan kempen dan aktiviti Rakan Muda
 -Membangunkan potensi belia tempatan secara menyeluruh
 -Melahirkan lebih ramai Peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

Berikut adalah Senarai nama penuh Ketua Bahagian dan Pegawai- pegawai BPRM yang baharu:-
 -Encik Sazli bin Mahmood
Ketua Bahagian Rakan Muda JBSN Kelantan
Pegawai:-
 -Encik Mohd Khairul Asraf Hafizi bin Mohamad Noor
 -Encik Mhd Sulayman bin Subrun
 -Puan Asnita binti Azmi

Pelantikan ini dijangka memberi nafas baharu dan memperkukuh lagi peranan Rakan Muda dalam membentuk generasi muda yang proaktif, berdaya saing, dan berjati diri tinggi.

Disediakan oleh : Urus Setia Rakan Muda Portal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search