- JBS Kelantan
- Hits: 24
PLOGGING KOMUNITI DAERAH JELI SIRI 2 /2025 BERJALAN LANCAR
- JBS Kelantan
- Hits: 24
JELI, 4 Ogos 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dengan kerjasama Sekolah Menengah Sains Jeli , telah mengadakan Program Rakan Bumi: Plogging Community @ Daerah Jeli Siri pada 28 Julai 2025 bertempat di Lata Bijih, Ayer Lanas, Jeli Kelantan.
Tujuan program ini adalah untuk merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam menggalakan dan melahirkan sukerelawan di kalangan belia yang berpengetahuan, berkermahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Seramai 40 orang peserta telah menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut ialah senamrobik, dan gotong royong mengutip mengutip sampah.
Program ini telah dihadiri oleh YBrs En Mohd Zaidi bin A Mohidu, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli, dan YBrs En Muhamad Farhan bin Sulaiman, Penyelaras Unit Beruniform Sekolah Menengah Sains Jeli.
Semoga program yang berbentuk kemasyarakatan dengan penerapan nilai moral yang tinggi seperti ini dapat diteruskan lagi supaya dapat melahirkan lebih ramai sukarelawan dari kalangan belia dan beliawanis.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli