- JBS Kelantan
- Hits: 29
LAWATAN TAPAK PROGRAM MARAK FUN RUN, 3 ON 3 BASKETBALL, SLINGSHOT & E-SPORT SEMPENA PROGRAM MADANI RAKYAT NEGERI KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 29
KOTA BHARU, 3 Ogos 2025 – Satu lawatan tapak telah diadakan hari ini bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu bagi meninjau persiapan tempat dan fasiliti aktiviti sukan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sempena Program Madani Rakyat Negeri Kelantan yang bakal berlangsung pada 7-9 Ogos 2025.
Lawatan tersebut diketuai oleh YBrs En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, bersama barisan pegawai daripada Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK serta wakil-wakil persatuan yang terlibat secara langsung dalam penganjuran acara. Antara aktiviti yang bakal menjadi tumpuan program pada 9 Ogos 2025 (Sabtu) adalah MaRak Fun Run, pertandingan 3 on 3 basketball, slingshot serta mari mencuba e-sport.
Lawatan ini bertujuan untuk memastikan kelancaran urusan logistik, keselamatan, penyediaan fasiliti serta penempatan dan keperluan peserta mengikut standard penganjuran yang telah ditetapkan. Penganjuran acara sukan ini dijangka menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dan menjadi platform yang efektif dalam memupuk semangat perpaduan, gaya hidup sihat serta keterlibatan aktif komuniti belia di negeri ini, sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan kejayaan program ini.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Sukan JBSNK