FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2025 MERIAH DI DEWAN SRI TUNJONG

Kota Bharu, 2 Ogos 2025 – Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan.Turut hadir YBrs Encik Mohd Patma bin Mat Zain,Penolong Pengarah Ko-Akademik Bakat Murid,mewakili Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid),Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Program yang berlangsung selama empat hari, bermula pada 27 hingga 30 Julai 2025, menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik yang menyasarkan penyertaan belia dari seluruh negeri. Antara aktiviti utama yang sedang berlangsung termasuk Pertandingan Kawad Kaki, Inovasi Kitar Semula, dan Doodle Art yang berjaya menarik perhatian 1500 orang pengunjung.

Fiesta ini bukan sahaja bertujuan untuk mencungkil bakat belia, malah menjadi platform untuk memperkasa nilai jati diri, kreativiti serta semangat kerjasama dalam kalangan generasi muda. Para pengunjung turut diseru untuk hadir dan memeriahkan suasana sepanjang program berlangsung di perkarangan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

JBSN Kelantan bersama rakan strategik terus komited dalam memperkasakan agenda pembangunan belia melalui pelbagai inisiatif seperti Fiesta Rakan Muda ini, sejajar dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
#RakanMuda
#RakanEkspresi
#Yakinboleh
#MalaysiaMadani

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search