6 Pegawai JBSN Kelantan Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024

BANGI, 30 Julai 2025 – Seramai enam pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2024 dalam satu majlis yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre, semalam.

Majlis penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan turut dihadiri oleh YB Adam Adli bin Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBhg Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai kanan kementerian dan jabatan.

Antara penerima APC dari JBSN Kelantan ialah:
1. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria – Pengarah JBSNK
2. En. Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat
3. Pn. Nur Fadhlira binti Dungun – Pegawai Pembangunan Sukan OKU
4. Pn. Rafizamasturi binti Zakaria – Ketua Pembantu Tadbir
5. Pn. Rozilawati binti Abdul Rahman – Pembantu Tadbir
6. Pn. Nurul Syifa binti Mohd Husni – Pembantu Belia dan Sukan

Majlis APC peringkat Kementerian Belia dan Sukan ini diadakan setiap tahun sebagai penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang dalam menyokong matlamat kementerian.

Disediakan oleh : Unit Media JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search