- JBS Kelantan
- Hits: 36
Gotong Royong Perdana Bersama Komuniti Pasir Pekan
- JBS Kelantan
- Hits: 36
Tumpat, 31 Julai 2025 – Program Rakan Bumi Plogging Komuniti Peringkat Daerah Tumpat Siri 2 telah berlangsung pada 26 Julai 2025 di Kubur Kemboja , bersebelahan Masjid Attaqwa Kampung Baru Pasir Pekan. Penyertaan seramai 75 peserta orang sukarelawan dari beberapa kampung berdekatan termasuk sekitar Pasir Pekan turut serta berganding bahu dalam program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan milik Masjid Attaqwa.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat ini mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Kubur Kemboja Kampung Baru, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Persatuan Kebajikan Kampung Baru (PKKB) serta Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin.
Dalam suasana penuh keinsafan, program ini bertujuan membersihkan kawasan perkuburan, malah berfungsi sebagai peringatan tentang kehidupan selepas mati. Menurut Penolong Setiausaha Jawatankuasa Kubur Kemboja Encik Wan Azizul Rahman Bin Wan Zakaria, aktiviti sebegini memberikan pengajaran rohani kepada masyarakat.
“Program bersih kubur ini sebenarnya mengingatkan kepada kematian, suasana sunyi dan sepi bila berada di alam barzakh di samping azab kubur yang menanti. Mudah-mudahan masyarakat yang hadir mendapat manfaat pengajaran dan iktibar.
“Alhamdulillah, program kemasyarakatan sebegini sehingga ke hari ini masih mendapat tempat dalam kalangan ahli masyarakat tanpa mengira usia,” katanya.
Program ini bukan sahaja memelihara kebersihan kawasan perkuburan, tetapi turut memperkukuhkan nilai kekeluargaan, semangat tolong-menolong, dan kesedaran rohani dalam komuniti setempat.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat