- JBS Kelantan
- Hits: 29
KARNIVAL SUKAN PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN (PKINK) DI KOMBES KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 29
KELANTAN, 29 JUN 2025 – Kelab Sukan dan Kebajikan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menganjurkan karnival sukan di KOMBES Kelantan. Karnival tersebut telah dihadiri seramai 500 orang peserta keseluruhannya dari anak Syarikat PKINK di seluruh Negeri Kelantan. Karnival tersebut telah berlangsung pada 24 Julai 2025 yang lalu dan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Pelbagai aktiviti yang telah dipertandingkan di karnival tersebut antaranya ialah badminton, karom, ping pong, e-sport, bola jarring, bola sepak dan banyak lagi.
Karnival ini merupakan inisiatif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dalam mempromosikan aktiviti pembudayaan gaya hidup cergas selari dengan hasrat untuk pembudayaan semangat bersukan dan meningkatkan gaya hidup sihat di kalangan belia untuk menyahut kempen gaya hidup sihat cergas dan aktif kearah menjadikan Malaysia sebagai Negara bersukan.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web stf.kbs.gov.my .
#TEAMJBSNK
#KOMBESKELANTAN
#MalaysiaMADANI
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.