- JBS Kelantan
- Hits: 31
MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI TEKAD JADIKAN AKTIVITI KECERGASAN SEBAGAI GAYA HIDUP WARGA GUA MUSANG
- JBS Kelantan
- Hits: 31
GUA MUSANG, 29 Julai 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 1 (Senamrobik) Peringkat Daerah Gua Musang telah berjaya dilaksanakan dengan meriah dan penuh semangat pada pagi ini bertempat di Dewan PPR Gua Musang, bermula seawal jam 8.00 pagi pada 25 Julai 2025, sabtu lepas.
Program ini berjaya menghimpunkan seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat. Aktiviti senamrobik yang dijalankan bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti serta menggalakkan penglibatan aktif dalam program berteraskan kesihatan dan kecergasan.
Turut hadir sama memeriahkan program ini ialah Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang serta Encik Muhammad Helme Fiadi bin Hairani, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Gua Musang. Kehadiran mereka memberikan suntikan semangat dan sokongan kepada peserta dalam menjayakan program ini.
Penganjuran siri pertama program ini turut menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat, selain menyokong inisiatif kerajaan dalam menjadikan kecergasan sebagai satu budaya hidup.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang bersama komuniti tempatan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkasa komuniti melalui pendekatan kesukanan dan aktiviti fizikal yang inklusif.