RAKAN MAHIR: SKILLS FOR LIFE PERINGKAT DAERAH GUA MUSANG 2025 (DAPUR VIBES BELIA)

GUA MUSANG, 28 Julai – Program Rakan Mahir: Skills for Life Peringkat Daerah Gua Musang 2025 yang menampilkan modul Dapur Vibes Belia telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Julai 2025 bertempat di Dewan Jerek, Jerek, Gua Musang, dengan kerjasama erat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Program ini memberi fokus kepada kemahiran asas masakan dan pengendalian dapur sebagai salah satu medium pembangunan diri dan ekonomi dalam kalangan belia luar bandar. Ia turut memberikan pendedahan kepada peserta mengenai peluang keusahawanan dalam bidang makanan dan minuman, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan belia berkemahiran dan berdaya saing.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh En. Zaidaatul Azizi, wakil rasmi kepada YB Mohd Azmawi Fikri bin Haji Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Belia Jajahan Gua Musang. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan sokongan terhadap usaha berterusan membina kapasiti dan potensi belia melalui program berbentuk kemahiran dan praktikal seperti ini.

Turut hadir sama memeriahkan program ini ialah Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang serta Encik Muhammad Helme Fiadi bin Hairani, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, yang turut memberikan dorongan moral kepada para peserta sepanjang program dijalankan.

Penganjuran program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan belia tempatan dan berjaya mencapai objektif dalam memperkasa pengetahuan serta kemahiran belia dalam bidang masakan dan pengurusan dapur.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search