- JBS Kelantan
- Hits: 31
MAJLIS SERAH TUGAS ENCIK SHAHRIL BIN AZIZ
- JBS Kelantan
- Hits: 31
MACHANG, 28 JULAI 2025 – Satu Majlis Serah Tugas telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang sempena perpindahan Encik Shahril bin Aziz, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Machang, ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Raub, Pahang berikutan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam.
Majlis ringkas namun penuh penghargaan itu disempurnakan oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang bersama seluruh warga kerja pejabat, sebagai tanda penghormatan atas segala sumbangan dan jasa Encik Shahril sepanjang beliau berkhidmat di daerah ini.
PBSD Machang turut mendoakan kejayaan Encik Shahril dalam tugasan baharu di PBSD Raub dan percaya bahawa beliau akan terus cemerlang dalam menyumbang kepada pembangunan belia di peringkat nasional.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang