- JBS Kelantan
- Hits: 22
SESI PERBINCANGAN KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH MACHANG 2025 BERSAMA PPD MACHANG
- JBS Kelantan
- Hits: 22
MACHANG, 28 JULAI 2025 – Satu sesi perbincangan rasmi telah diadakan hari ini antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang dan Encik Johan bin Mohd Jahan, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Machang bagi membincangkan pelaksanaan Kem Belia Peringkat Daerah Machang yang dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 23 Ogos 2025.
Kem ini bakal diadakan di Machang Riverview Campsite & Chalet (MRCC), dan akan melibatkan penyertaan seramai 50 orang pelajar sekolah berumur antara 13 hingga 16 tahun dari seluruh daerah Machang. Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah program intervensi sosial yang merangkumi aktiviti indoor dan outdoor bertujuan memberi pemahaman dan kesedaran kepada golongan belia mengenai bahaya sekiranya terjebak dalam gejala sosial dan aktiviti tidak sihat.
Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang telah hadir bersama Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang ke sesi perbincangan ini.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang