- JBS Kelantan
- Hits: 25
PROGRAM RAKAN MAHIR: SKILLS FOR LIFE PERINGKAT DAERAH MACHANG SIRI 4/2025 – KURSUS ASAS SOLEKAN
- JBS Kelantan
- Hits: 25
MACHANG, 27 JULAI 2025 – Seramai 30 orang peserta telah menyertai Program Rakan Mahir: Skills for Life Peringkat Daerah Machang Siri 4/2024 – Kursus Asas Solekan, yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seminar Pertubuhan Peladang Kawasan Machang, Pulai Chondong dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang pada 26 Julai 2025.
Program ini merupakan inisiatif Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang dalam memperkasakan komuniti, khususnya golongan belia dan wanita, dengan kemahiran asas dalam bidang solekan yang berpotensi menjadi sumber pendapatan tambahan serta meningkatkan keyakinan diri.
Tenaga pengajar jemputan, Puan Nurul Husna Atiqah binti Hj. Azmi, seorang jurusolek berpengalaman, telah mengendalikan sesi latihan yang merangkumi topik-topik asas seperti penyediaan kulit, teknik solekan harian, pemilihan alat solek serta aspek kebersihan dan etika dalam dunia kecantikan.
Majlis penutup turut diserikan dengan kehadiran Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, yang mewakili PBSD Machang bagi menyempurnakan penyampaian sijil penyertaan dan cenderahati kepada para peserta.
PBSD Machang merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Dalyabeauty Dalyaabeautyhq atas tajaan cenderahati kepada peserta.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang