- JBS Kelantan
- Hits: 21
TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA PACU POTENSI REMAJA SEKOLAH MENENGAH SAINS PASIR PUTEH
- JBS Kelantan
- Hits: 21
PASIR PUTEH, 27 JULAI 2025 – Seramai 350 pelajar yang terdiri daripada Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 telah menghadiri Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang berlangsung pada 23 Julai 2025 lalu bertempat di Dewan Sri Gemilang, Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Emi Zurina binti Abd Aziz, Pembantu Belia dan Sukan yang memberi penerangan mengenai konsep, struktur dan pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), iaitu sebuah anugerah pembangunan diri belia yang berteraskan penyertaan secara sukarela.
Antara kandungan taklimat termasuk penerangan mengenai empat komponen utama ARPRM iaitu khidmat masyarakat, aktiviti fizikal, kemahiran, dan penjelajahan. Para pelajar turut didedahkan dengan tahap-tahap pencapaian iaitu gangsa, perak dan emas, serta faedah penyertaan dalam membina jati diri, kepimpinan dan sahsiah remaja.
Program ini diharap dapat menarik minat lebih ramai pelajar untuk menyertai ARPRM sebagai satu platform membentuk belia berkualiti dan berdaya saing selaras dengan matlamat pembangunan belia negara.