PROGRAM RAKAN MUZIK : DIKIR BARAT SIRI 3 MELABUH TIRAI DI GELANGGANG LEPAH JATI, SELISING

PASIR PUTEH, 27 JULAI 2025 – Program Rakan Muzik: Rentak Seni – Dikir Barat Siri 3 telah melabuhkan tirainya pada 25 Julai 2025 dalam suasana penuh semangat dan budaya di Gelanggang Lepah Jati, Selising. Program ini merupakan kesinambungan usaha memperkasakan seni warisan tradisional dalam kalangan belia Pasir Puteh.

Para peserta telah mempersembahkan dua buah lagu hasil latihan iaitu "Rakan Muda Jiwa Perkasa" dan "Rakan Muzik Seni Budaya" yang mencerminkan semangat rakan muda dalam memperjuangkan seni budaya bangsa.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dan turut menyampaikan cenderamata kenangan kepada Encik Md. Gel Mat Dali atau lebih dikenali sebagai Pak Su Agel. Sebagai simbolik penutup yang menggamit emosi, peserta turut menyampaikan sebuah lagu khas bertajuk "Salam Perpisahan" kepada Encik Sazli bin Mahmood yan gakan bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 3 Ogos 2025.

Program ini membuktikan bahawa seni warisan seperti dikir barat masih relevan dan mampu menarik minat generasi muda apabila diberi ruang, bimbingan dan platform yang sesuai.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search