PLOGGING KOMUNITI DAERAH KOTA BHARU SIRI 1/2025 MELAHIRKAN BELIA YANG KOMITED DALAM KESUKARELAWAN

KOTA BHARU, 17 JULAI 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Kelab Belia Tunjong dan JM Automobile telah mengadakan Program Rakan Bumi: Plogging Community @ Daerah Kota Bharu Siri 1 pada 14 Jun 2025 bertempat di Beach Street Boys, Pantai Melawi.

Tujuan program ini adalah untuk merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam menggalakan dan melahirkan sukerelawan di kalangan belia yang berpengetahuan, berkermahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.

Seramai 40 orang peserta telah menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut ialah senamrobik, sukaneka, berjalan kaki sambil mengutip sampah.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Jasri, Pengarah ICU Kelantan. Turut hadir, Pn. Nurul Asmad bt Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu serta Mej (B) Tn.Hj Basri bin Mat, Pengarah Urusan J.M Otomobil (Inovatif) Sdn.Bhd.

Semoga program yang berbentuk kemasyarakatan dengan penerapan nilai moral yang tinggi seperti ini dapat diteruskan lagi supaya dapat melahirkan lebih ramai sukarelawan dari kalangan belia dan beliawanis.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bahru

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search