PLOGGING KOMUNITI DAERAH KOTA BHARU SIRI 2/2025

KOTA BHARU, 14 Julai 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Kelab Belia Tunjong, Angkatan Belia Malaysia Cawangan Kota Bharu dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan Program Rakan Bumi: Plogging Community @ Daerah Kota Bharu Siri 2 pada 28 Jun 2025, bertempat di Pantai Sabak, Pengkalan Chepa.

Program ini dianjurkan sebagai langkah merealisasikan hasrat Kementerian Belia dan Sukan untuk menggalakkan penyertaan aktif belia dalam aktiviti kesukarelawanan yang berimpak serta membudayakan nilai tanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda. Inisiatif ini turut menyasarkan pembentukan sahsiah belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, peka terhadap isu komuniti serta memiliki nilai kepimpinan dan semangat tolong-menolong yang tinggi.

Seramai 40 orang peserta telah menyertai program ini yang dimulakan dengan aktiviti senamrobik bagi memupuk semangat kesukanan dan kesihatan. Aktiviti diteruskan dengan sukaneka dan diikuti oleh aktiviti utama iaitu plogging – berjalan kaki sambil mengutip sampah di sepanjang kawasan pesisir Pantai Sabak, sebagai simbolik tindakan kecil yang membawa kesan besar kepada kelestarian alam sekitar.

Turut hadir mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu ialah Puan Nor Farhana binti Che Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, yang hadir memberi sokongan dan semangat kepada para peserta serta menyantuni pengisian program sepanjang berlangsungnya aktiviti.

Program berbentuk komuniti seperti ini diyakini mampu menyemai nilai kesukarelawanan yang tinggi dalam kalangan belia dan menjadi platform untuk memupuk kesedaran sivik serta tanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bahru

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search