Rakan Mahir: Skill For Life @ Daerah Kota Bharu Siri 1 2025

KOTA BHARU, 13 Julai 2025 – Program Rakan Mahir: Skill For Life @ Daerah Kota Bharu 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 25 Jun 2025, bertempat di Hotel Che Wook, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta dari kalangan belia dan komuniti setempat.

Program ini merupakan inisiatif Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Kolej Komuniti Pasir Mas, yang bertujuan menyediakan akses latihan kemahiran asas kepada para peserta bagi kegunaan dalam kehidupan seharian serta pembangunan kerjaya masa depan. Antara objektif utama penganjuran adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan belia terhadap pelbagai bidang kemahiran dan servis yang boleh dimanfaatkan secara praktikal, selain membuka peluang menjana pendapatan sampingan dan mengurangkan kos sara hidup melalui kemahiran kendiri.

Pengisian program telah melibatkan Kursus Asas Pembangunan Produk dan Servis yang dikendalikan oleh Puan Junaida binti Abdul Aziz, Head Sector (Training & Course) dari Yayasan Pembangunan Usahawan Kelantan (YPUK). Kursus ini menekankan kemahiran dalam membangunkan produk tempatan dan penyampaian perkhidmatan asas yang boleh dijadikan platform keusahawanan komuniti.

Turut hadir memantau program ini ialah Puan Nor Farhana binti Che Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, yang menzahirkan sokongan terhadap inisiatif berfokus kemahiran seperti ini yang dapat memberi manfaat terus kepada belia di peringkat akar umbi. Adalah menjadi harapan agar program Rakan Mahir ini dapat diteruskan secara berterusan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha memperkasa kemahiran, daya saing dan kesejahteraan ekonomi dalam kalangan belia tempatan.
.
Disediakan Oleh : Urus Setia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search