Program Rakan Muzik – Dikir Barat Meriahkan Belia Gua Musang

Gua Musang, 13 Julai 2025 – Program Rakan Muzik – Dikir Barat Peringkat Daerah Gua Musang yang berlangsung selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Julai 2025 telah berjaya menghimpunkan semangat dan bakat anak muda dalam memperkasakan warisan seni tradisional negeri Kelantan.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra, melibatkan penyertaan belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.

Sepanjang tiga hari penganjuran, peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul termasuk pengenalan kepada sejarah dan asas Dikir Barat, teknik vokal awok-awok dan tukang karut, latihan penulisan lirik, pembentukan formasi pentas serta latihan persembahan berkumpulan. Program turut melibatkan fasilitator berpengalaman yang membimbing peserta secara langsung dalam sesi latihan dan persembahan.

Kemuncak program menyaksikan persembahan Dikir Barat yang berlangsung pada pagi Ahad. Majlis penutup rasmi telah disempurnakan oleh En. Shahabuddin bin Haji Deraman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, yang turut menyampaikan sijil penyertaan dan sijil penghargaan kepada para peserta dan agensi yang telibat sama.

Menurut beliau, program seperti ini bukan sahaja dapat mencungkil bakat baharu dalam seni Dikir Barat, malah mampu menjadi asbab penyatuan belia melalui aktiviti warisan yang membina jati diri dan semangat berpasukan. Penganjuran ini juga sejajar dengan inisiatif Rakan Muda – Rakan Muzik di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang menyasarkan pemerkasaan belia melalui seni dan budaya tempatan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search