Kunjung Hormat Dan Perbincangan Program Rakan Muda Berteraskan Kesukarelawanan Di Kolej Makrikulasi Kelantan

PASIR PUTEH, 10 JULAI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah mengadakan satu kunjung hormat ke Kolej Matrikulasi Kelantan pada 9 Julai 2025 bagi membincangkan pelaksanaan program Rakan Muda yang berfokuskan kepada aktiviti kesukarelawanan dan khidmat masyarakat.

Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh Encik Muhammad Fariq bin Che Mee, Pengarah Kolej Matrikulasi Kelantan bersama barisan pengurusan tertinggi kolej. Lawatan ini diketuai oleh Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh, yang turut membentangkan beberapa cadangan program melibatkan penyertaan pelajar kolej dalam aktiviti kesukarelawanan, kepimpinan dan pembangunan sahsiah.

Perbincangan ini bertujuan merintis jalinan kerjasama antara pihak kolej dan agensi belia untuk menyediakan ruang serta platform kepada para pelajar agar lebih aktif dalam kegiatan luar bilik darjah, sekaligus membentuk jati diri serta semangat tanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda.

Diharapkan inisiatif ini dapat menyemarakkan lagi penglibatan pelajar dengan agenda pembangunan belia negara.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search