Program Rakan Muzik : Dikir Barat Siri 1 Perkasa Seni Warisan

PASIR PUTEH, 6 JULAI 2025 – Program Rakan Muzik: Rentak Seni – Dikir Barat Siri 1 telah berlangsung pada 4 Julai 2025 di Gelanggang Lepah Jati, Bukit Abal, Selising. Program ini merupakan inisiatif memperkasakan seni warisan budaya tempatan dalam kalangan generasi muda khususnya melalui medium dikir barat yang kian mendapat tempat dalam masyarakat.

Program ini di bimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman iaitu Encik Md. Gel Mat Dali atau lebih dikenali sebagai Pak Su Agel. Beliau berkongsi ilmu dan berpengalaman luas dalam bidang dikir barat dan para peserta juga terdiri daripada belia tempatan sekitar Selising.

Pengisian utama pembelajaran dikir barat iaitu asal usul dan sejarah, struktur persembahan, serta elemen seni yang terkandung dalam setiap persembahan. Peserta turut didedahkan kepada peranan dan kepentingan bikir barat dalam membentuk jati diri masyarakat, selain etika dan disiplin yang perlu diterapkan dalam setiap penyampaian seni ini.
Turut menarik perhatian adalah sesi pengenalan dan demonstrasi alat muzik pengiring seperti rebana dan gong yang memberi impak kepada dinamik persembahan. Para peserta kelihatan bersemangat dan memberikan kerjasama yang tinggi sepanjang program berlangsung.

Melalui penganjuran program ini, dikir barat terus diberi nafas baharu dan dipertahankan sebagai identiti seni budaya yang unik serta dapat menarik minat lebih ramai belia untuk menceburi bidang seni tradisional ini.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search