- JBS Kelantan
- Hits: 124
Mesyuarat Penyelarasan Program MaRak Fun Run dan Langkah Merdeka Fun Run Berlangsung Lancar
- JBS Kelantan
- Hits: 124
KOTA BHARU, 23 Julai 2025 – Satu mesyuarat penyelarasan bagi dua program larian utama di negeri Kelantan, iaitu Program Madani Rakyat Fun Run (MaRak Fun Run) dan Langkah Merdeka Fun Run, telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan dihadiri oleh wakil-wakil dari pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri. Fokus utama mesyuarat adalah untuk menyelaras pelaksanaan program serta memastikan semua persiapan berjalan lancar dan teratur mengikut perancangan.
Program MaRak Fun Run dijadualkan berlangsung pada 9 Ogos 2025 (Sabtu) bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, sempena Program Madani Rakyat (PMR) Peringkat Negeri Kelantan yang akan berlangsung dari 7 hingga 9 Ogos 2025 di lokasi yang sama. Selain acara larian, pelbagai aktiviti sukan lain turut akan diadakan seperti pertandingan slingshot, pertandingan bola keranjang 3 on 3 dan aktiviti mari mencuba e-sport. Program ini dijangka menarik penyertaan besar dari komuniti setempat dan memberi peluang kepada masyarakat untuk terlibat secara aktif dalam gaya hidup sihat dan aktiviti rekreasi.
Sementara itu, Program Langkah Merdeka Fun Run pula bakal berlangsung pada 30 Ogos 2025 (Sabtu) di AEON Mall Kota Bharu, sebagai inisiatif sambutan bulan kemerdekaan. Program ini dijangka memberi peluang kepada rakyat untuk menyemarakkan semangat patriotisme melalui aktiviti sihat dan mesra keluarga.
Penganjuran kedua-dua program ini mencerminkan usaha berterusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam mempromosikan perpadua
n, gaya hidup sihat serta penyertaan masyarakat dalam program berorientasikan rakyat selaras dengan semangat Malaysia MADANI. Turut hadir, YBrs En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh : Urus Setia Media JBSNK