- JBS Kelantan
- Hits: 31
Rakan Muzik Seni Budaya Jeli 2025 : Platform Belia Serlah Bakat Dan Tolak Dadah
- JBS Kelantan
- Hits: 31
Jeli,19 Julai 2025 – YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah merasmikan Majlis Perasmian Rakan Muzik Seni Budaya Peringkat Daerah Jeli 2025 bertema kan "Belia Benci Dadah“ yang berlangsung meriah di Padang Awam Kg.Bukit Jering Kuala Balah.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli ini bertujuan menggalakkan penglibatan aktif belia dalam bidang muzik, seni dan budaya, serta memperkasa platform kreativiti dalam kalangan anak muda tempatan.
Dalam ucapannya, YBrs. Pengarah menekankan kepentingan memartabatkan seni budaya tempatan sebagai medium untuk menyemai perpaduan dan jati diri bangsa. Beliau turut menyatakan komitmen JBSNK dalam menyokong penglibatan belia melalui inisiatif Rakan Muzik dan program-program pembangunan seni yang berterusan di peringkat akar umbi.
Majlis perasmian turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh kumpulan-kumpulan belia tempatan, pameran hasil seni kreatif serta sesi interaktif bersama artis dan penggiat seni dari pelbagai latar belakang.
Program ini diharap dapat menjadi platform yang berterusan untuk mencungkil bakat baharu serta memupuk semangat cintakan warisan budaya dalam kalangan generasi muda di Kelantan, khususnya di daerah Jeli.