Jiwa Muda, Semangat Prihatin

KUALA KRAI, 15 JULAI 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai (KRAMB2K) telah berjaya menganjurkan Program Kem Belia @Rakan Prihatin Peringkat Daerah Kuala Krai pada 10 hingga 12 Julai 2025 bertempat di Teratak Rimba Abam Peah, Sungai Pas. Program selama tiga hari dua malam ini melibatkan seramai 65 orang peserta dan urusetia, terdiri daripada remaja berumur 13 hingga 16 tahun dari seluruh daerah Kuala Krai.

Penganjuran ini bertujuan untuk membentuk karakter positif, memperkukuh nilai jati diri dan semangat kerjasama dalam kalangan belia muda luar bandar melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning). Sepanjang kem berlangsung, para peserta telah menyertai pelbagai aktiviti berfokus seperti LDK kepimpinan, eksplorasi lasak, sesi motivasi, latihan kerjasama kumpulan serta perkongsian khas berkaitan keselamatan, kesihatan mental dan disiplin sosial oleh agensi-agensi berkaitan.

Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Puan Asrehan binti Ab. Razak, Timbalan Pengarah Operasi, Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Kelantan, yang turut menyampaikan penghargaan atas inisiatif ini sebagai platform penting membina kepimpinan belia di peringkat akar umbi. Program ini turut melibatkan penyertaan dan sokongan daripada pelbagai rakan strategik iaitu Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Yayasan Islam Kelantan (YIK), Universiti Putra Malaysia, Hospital Kuala Krai, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai, PDRM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Krai, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Krai, Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Kuala Krai, MAYC Negeri Kelantan dan Komuniti Kg. Sungai Pas.

Inisiatif ini bukan sahaja menyokong misi memperkasakan belia akar umbi selaras dengan hala tuju Rakan Muda dan Dasar Belia Malaysia, malah memberi ruang kepada belia untuk mengasah potensi diri dan berperanan sebagai agen perubahan dalam komuniti setempat.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search