Malaysia Aktif@ Komuniti Peringkat Daerah Jeli Siri 3 Meriah

JELI, 15 Julai 2025- Program Malaysia Aktif @Komuniti Peringkat Daerah siri 3 telah berlangsung pada 14 Julai 2025,bertempat di Dewan Gemilang SK Kubur Datu, Jeli. Aktiviti Senamrobik bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi melibatkan penyertaan seramai 157 orang peserta.

Penganjuran secara bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli, SK Kubur Datu dan Kelab Aerobik Bukit Jering ini adalah bertujuan untuk memupuk masyarakat yang sentiasa sihat dan mengamalkan gaya hidup cergas dengan pendekatan tanpa mengira batasan kaum, agama, umur dan pekerjaan.

Turut hadir ialah YBrs Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, YBrs En. Izanee bin Mohd Said, Guru Besar Sk Kubur Datu dan YBrs Puan Nur Hanani binti Hussin, Pengerusi Kelab Aerobik Bukit Jering.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search