- JBS Kelantan
- Hits: 43
Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Machang 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 43
MACHANG, 15 JULAI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Machang dan Majlis Belia Daerah Machang telah mengadakan persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Machang 2025 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang pada 9 Julai 2025.
Seramai 50 orang ahli majlis yang dilantik daripada agensi kerajaan dan badan berkanun serta exco Majlis Belia Daerah Machang telah menghadiri persidangan kali ini bagi membahas usul-usul yang dikemukakan oleh belia-belia daerah Machang.
Persidangan pada kali ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Zamri bin Ibrahim, Ketua Jajahan Machang merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Machang. Turut hadir ialah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang