Belia Agen Perubahan: JBSN Dan MAPO Anjur Program Kesedaran Di Bachok, Kelantan

Bachok , 14 Julai 2025 – YBrs. En. Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menghadiri Majlis Perasmian Program Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran yang berlangsung di Sudara Beach Resort, Bachok. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO).

Seramai 42 orang peserta terdiri daripada golongan belia telah menyertai program ini yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap isu jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Antara pengisian program termasuk aspek berkaitan keselamatan, perundangan serta peranan dan impak penggunaan media sosial dalam menangani isu tersebut.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Beliau turut menekankan pentingnya penglibatan belia dalam menyokong usaha pencegahan dan advokasi terhadap jenayah pemerdagangan dan penyeludupan migran yang semakin kompleks pada era digital ini.

Program ini diharap dapat melahirkan golongan belia yang lebih peka dan berpengetahuan dalam memainkan peranan sebagai agen perubahan dalam komuniti.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search