Persiapan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Pasir Mas Berjalan Lancar

Pasir Mas, 8 Julai 2025 – Persiapan bagi Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Pasir Mas berjalan lancar dengan kerjasama erat antara Majlis Belia Jajahan Pasir Mas dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 2 Julai 2025 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Kerja-kerja persiapan telah bermula seawal jam 2.30 petang, melibatkan pemasangan banting serta penyusunan ruang bagi agensi dan persatuan belia yang akan menyertai majlis berkenaan.

Bagi memastikan kelancaran keseluruhan program pada 3 Julai nanti, satu raptai penuh telah dijalankan pada jam 4.00 petang. Keseluruhan proses berjalan dengan teratur, mencerminkan komitmen tinggi semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program belia ini.

Majlis tersebut dijangka menjadi platform penting untuk perbincangan, perkongsian idea, dan pembangunan belia di peringkat daerah.

Disediakan Oleh: Urus Setia Media PBSD Pasir Mas.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search