- JBS Kelantan
- Hits: 40
Program Rakan Muda – Rakan Mahir: Skills For Life Peringkat Daerah Gua Musang 2025 (Modul Dandanan Rambut) Berjaya Tarik Penyertaan Belia Tempatan
- JBS Kelantan
- Hits: 40
GUA MUSANG, 7 JULAI 2025 (ISNIN) –Sebagai usaha memperkasakan belia luar bandar dengan kemahiran hidup yang praktikal dan relevan dengan keperluan semasa pasaran kerja, Program Rakan Muda – Rakan Mahir: Skills For Life Peringkat Daerah Gua Musang 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya menerusi modul Dandanan Rambut, bertempat di Bilik Aktiviti KPKT, Lot 10, Bangunan Kedai PPR, Gua Musang semalam.
Program sehari ini telah menghimpunkan seramai 23 orang peserta dari kalangan belia tempatan berumur antara 15 hingga 30 tahun, yang hadir untuk mempelajari asas teknik gunting rambut moden dan dandanan lelaki secara intensif. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang dengan kerjasama Brojaa Barbershop GM, yang bertindak sebagai tenaga pengajar dan fasilitator sepanjang sesi berlangsung.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Syahbuddin bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, yang turut menyampaikan ucapan motivasi kepada para peserta. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa usaha seperti ini adalah satu pelaburan penting dalam membina masa depan belia yang lebih cerah dan berdaya saing. Beliau turut menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif-inisiatif seumpama ini yang mampu memberikan nilai tambah kepada kehidupan anak muda, terutamanya dalam komuniti luar bandar.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Azman bin Mohd Yusoff, wakil daripada Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti Gua Musang.
Program ini dilaksanakan di bawah Elemen Rakan Mahir dalam inisiatif Rakan Muda, yang memberi penekanan terhadap latihan kemahiran teknikal dan vokasional. Ia bertujuan bukan sahaja untuk menambah baik keupayaan individu, malah menyemai minat dalam bidang keusahawanan serta menyumbang kepada penjanaan pendapatan secara berdikari.
Pelaksanaan program ini juga mencerminkan komitmen bersama antara agensi kerajaan, komuniti tempatan dan sektor belia dalam menjayakan agenda pembangunan insan dan kerjaya di peringkat akar umbi.