- JBS Kelantan
- Hits: 52
Mesyuarat Penyelarasan Program Sukan Komuniti Luar Bandar Peringkat Negeri Kelantan 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 52
Kuala Krai, 7 Julai 2025 – Mesyuarat Penyelarasaan Program Sukan Komuniti Luar Bandar Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Majlis Daerah Kuala Krai bagi membincangkan persiapan dan pelaksanaan program Sukan Luar Bandar (SLB) bagi tahun 2025.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) dan turut dihadiri oleh wakil-wakil dari agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, penggerak sukan komuniti serta wakil-wakil pertubuhan belia dan NGO tempatan.
Antara agenda utama mesyuarat ialah:
-Penetapan tarikh dan lokasi pertandingan
-Pemilihan jenis sukan yang akan dipertandingkan
-Pengagihan tugas jawatankuasa kerja
-Penyelarasan logistik dan keperluan teknikal
-Langkah keselamatan dan kesihatan peserta
Mesyuarat ini juga bertujuan untuk memastikan pelaksanaan SLB 2025 berjalan lancar dan mencapai objektif memperkasakan sukan di peringkat akar umbi khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar. Program Sukan Komuniti Luar Bandar ini dijangka akan berlangsung pada bulan September 2025 di Padang Bola Kampung Baru Kuala Nal dan melibatkan penyertaan dari seluruh daerah di Kuala Krai. Sebelum mesyuarat ini berlangsung turut diadakan lawatan tapak untuk melihat fasiliti dan berjumpa dengan jawatankuasa komuniti.
Turut hadir, Puan Rosnani binti Haji Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Siti Hassiah binti Hussin, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan JBSNK, Puan Asnita binti Azmi, Encik Nur Syazwan bin Sak Ali, Encik Mohd Azam Wahidi bin Suhaini, kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai.
Di sediakan oleh : Urus Setia Portal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan