Pasukan Bowling Wanita OKU Gua Musang Mendapat Tempat Ketiga Dalam Liga Sukan OKU Peringkat Negeri Kelantan

KOTA BHARU, 6 Julai 2025 – Pasukan bowling wanita Orang Kurang Upaya (OKU) dari Gua Musang berjaya meraih tempat ketiga dalam Liga Sukan OKU Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 yang berlangsung di Lite Superbowl JB7, Mydin Tunjong, baru-baru ini.

Kejohanan ini melibatkan penyertaan atlet OKU fizikal dan masalah pembelajaran berumur 15 tahun ke atas, dan menjadi platform penting dalam menggalakkan keterlibatan aktif golongan OKU dalam sukan secara inklusif dan kompetitif.

Sebagai pengiktirafan atas pencapaian tersebut, pasukan Gua Musang menerima pingat tempat ketiga, mock cheque, serta hadiah wang tunai sebanyak RM100.00. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Siti Mariam binti Ahmad Tobias, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir memberikan sokongan ialah Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Lebih membanggakan, salah seorang peserta dari pasukan ini turut dinobatkan sebagai johan kategori jatuhan pin tertinggi individu, dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai tambahan sebanyak RM100.00. Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan peluang dan sokongan yang betul, golongan OKU mampu mencapai kecemerlangan dalam arena sukan di peringkat negeri mahupun lebih tinggi.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search