- JBS Kelantan
- Hits: 44
Pasukan Futsal OKU Gua Musang Menggegar Liga Sukan OKU Peringkat Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 44
KOTA BHARU, 6 Julai 2025 – Pasukan Futsal OKU Gua Musang mencipta kejutan dengan menjuarai Liga Sukan OKU Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 setelah mengekalkan rekod bersih sepanjang kejohanan tanpa sebarang kekalahan.
Kejohanan yang berlangsung di Dewan Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini melibatkan penyertaan golongan OKU dari seluruh Negeri Kelantan, merangkumi golongan OKU fizikal dan masalah pembelajaran berumur 15 tahun ke atas. Ia merupakan salah satu inisiatif di bawah program pembangunan sukan inklusif bagi memperkasa penyertaan OKU dalam aktiviti sukan berstruktur.
Sebagai menghargai pencapaian cemerlang tersebut, pasukan Gua Musang telah menerima pingat kejuaraan, mock cheque, dan wang tunai berjumlah RM900.00.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Siti Mariam binti Ahmad Tobias, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan Daerah Gua Musang, malah membuktikan potensi besar golongan OKU dalam bidang sukan apabila diberi peluang dan sokongan yang sewajarnya.