Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Peringkat Negeri Kelantan 2025 Berlangsung Meriah

Kota Bharu, 6 Julai 2025 – Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Peringkat Negeri Kelantan 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Kelab Boccia Negeri Kelantan, dan Persatuan Sukan & Rekreasi (PESRON) Negeri Kelantan berlangsung dengan penuh semangat dan kemeriahan,semalam.

Program ini menghimpunkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dari seluruh negeri Kelantan yang bersaing dalam pelbagai acara sukan termasuk tenpin boling, bola tampar duduk dan futsal. Penganjuran ini bertujuan memperkasa golongan OKU melalui penglibatan aktif dalam bidang sukan sekaligus membina keyakinan diri serta semangat kesukanan dalam kalangan peserta.

Antara acara tumpuan adalah bola tampar duduk yang diadakan di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Acara ini melibatkan kategori lelaki dan wanita dan menyaksikan persaingan yang sengit serta penuh semangat kesukanan. Hadiah pertandingan berupa wang tunai dan medal disediakan kepada pemenang iaitu RM900 bagi Johan, RM600 untuk naib johan dan RM375 untuk tempat ketiga.

Manakala bagi acara futsal berlangsung di Gelanggang Futsal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Sebanyak 19 pasukan yang telah mengambil bahagian bagi kedua-dua acara tersebut. Bagi acara tenpin boling (LiSOKU) pula telah berlangsung di Lite SuperBowl JB 7 Mydin Tunjong pada Jumaat lalu. Lebih 300 orang peserta dari seluruh Negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam program LiSOKU peringkat Negeri Kelantan.

Inisiatif ini membuktikan komitmen kerajaan dalam membudayakan gaya hidup sihat dan inklusif kepada semua lapisan masyarakat, termasuk golongan OKU.
Majlis Perasmian Penutup Dan Penyampaian Hadiah LiSOKU Kelantan telah dirasmikan oleh Puan Siti Mariam binti Ahmad Tobias, Pengarah Cawangan Sukan Orang Kurang Upaya, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK, pegawai - pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan serta pegawai- pegawai belia dan sukan daerah.

Disediakan oleh : Urus setia portal Bahagian Sukan JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 22:32:38

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search