MBJ Gua Musang Semarakkan Kerjasama Bersama Dalam Penganjuran Kem Belia Daerah 2025

GUA MUSANG, 3 Julai 2025 – Majlis Belia Jajahan (MBJ) Gua Musang terus menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha memperkasa pembangunan belia apabila Yang Dipertua MBJ Gua Musang, Encik Mohd Azmawi Fikri bin Abd Ghani, hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang bagi sesi perbincangan rasmi dan penyelarasan pengurusan Kem Belia Peringkat Daerah Gua Musang 2025, semalam.

Ketibaan beliau disambut oleh Muhammad Norfikri bin Norzaki, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, dalam suasana mesra dan penuh semangat kerjasama.
Sesi perbincangan ini memberi tumpuan kepada pelbagai aspek pelaksanaan kem termasuk struktur program, modul latihan, pemilihan peserta, penyediaan fasiliti, tarikh pelaksanaan, serta penglibatan strategik pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, NGO dan pertubuhan belia tempatan.

Menurut Encik Mohd Azmawi Fikri, MBJ Gua Musang menyambut baik usaha Pejabat Belia dan Sukan dalam penganjuran kem ini dan bersedia untuk bekerjasama rapat dalam menjayakan program tersebut sebagai platform membentuk sahsiah, jati diri dan kepimpinan anak muda. “MBJ akan terus menjadi rakan strategik yang aktif dalam memperluas penyertaan belia, memperkukuh jaringan kerjasama dan memastikan impak positif kepada komuniti belia daerah Gua Musang,” ujar beliau. Sementara itu, Muhammad Norfikri bin Norzaki menyatakan bahawa peranan MBJ sangat penting dalam memastikan program-program seperti Kem Belia ini mencapai sasarannya dan memberi kesan langsung kepada golongan belia.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada MBJ atas keterlibatan aktif dalam perancangan dan berharap momentum ini dapat diteruskan dalam pelaksanaan program-program belia lain sepanjang tahun 2025. Perbincangan ini ditutup dengan kesepakatan untuk membentuk pelan tindakan awal dan penyelarasan tugasan sebagai langkah persediaan menjelang Kem Belia Peringkat Daerah Gua Musang 2025, yang dijangka menghimpunkan penyertaan belia dari pelbagai latar belakang di seluruh jajahan.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang kekal komited untuk terus menjadi pemudah cara utama kepada belia dan pertubuhan belia bagi merangka dan melaksanakan program pembangunan anak muda yang berimpak tinggi dan bersifat menyeluruh.

Disediakan oleh: Urus Setia Media Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search