- JBS Kelantan
- Hits: 61
Sesi Perbincangan Fasa 3 Bagi Peserta Agrobelia Lestari Projek Ternakan Lebah Kelulut
- JBS Kelantan
- Hits: 61
PASIR MAS, 30 Jun 2025 - Program Agrobelia Lestari 2025 merupakan salah satu program KBS bagi membantu golongan belia dengan inisiatif pemerkasaan ekonomi agro. Ini sejajar dengan dasar kerajaan yang mementingkan isu sekuriti makanan dan kos sara hidup rakyat. Lima objektif Agrobelia Lestari adalah seperti berikut :
1. Meningkatkan kesedaran dan keterlibatan belia dalam bidang pertanian.
2. Menyerlahkan potensi belia dalam bidang pertanian melalui perkumpulan belia
3. Membantu belia menjana pendapatan melalui bidang pertanian
4. Meningkatkan keyakinan belia dalam mengurus projek-projek pertanian
5. Mempromosi dan mengembangkan perusahaan produk pertanian.
Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) Pasir Mas merupakan salah satu daripada sepuluh pertubuhan yang berdaftar telah terpilih setelah melalui sesi pitching untuk menyertai Program Agrobelia Lestari 2025. Mereka akan melalui fasa seterusnya iaitu :
- mengikuti sesi latihan berkemahiran bagi meningkatkan ilmu dan pengetahuan dalam bidang yang dipilih
- diberi dana bantuan bagi menjalankan projek Ternakan Lebah Kelulut
- dibimbing dan dipantau dalam tempoh minimum enam bulan
Satu sesi perbincangan dan lawatan awal oleh Puan Nazatul Asma binti Ariffin, Pegawai Pembangunan Ekonomi (I), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Puan Siti Shalwani binti Zakaria, Pembantu Belia dan Sukan (Belia) ke tiga tapak projek akan dilaksanakan oleh Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) Pasir di Kg Tendong, Kampung Banggol Che Wan, Meranti dan Kampung Repek, Pasir Mas yang Mas pada sabtu lalu.
Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) Pasir Mas, Saudara Asroy bin Azmi berkata “Projek Ternakan Madu Kelulut dilaksanakan ini adalah untuk membantu ahli-ahli yang bernaung di bawah Kelab ini iaitu Kelab Belia Inspirasi Tendong, Kelab Belia Meranti dan Kelab Belia Bandar Pasir Mas. Penternakan Kelulut bukan sekadar hobi ianya adalah sumber pendapatan yang mampan dan berpotensi besar untuk masa depan negara”. Projek ini turut menjadi ruang untuk mengeratkan perpaduan dan membina jaringan ekonomi komuniti. Belia tidak lagi hanya menunggu peluang, sebaliknya mencipta peluang. Penternakan kelulut menjadi simbol ketekunan, kreativiti dan keupayaan belia untuk menerajui perubahan.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSNK
