Sesi Perbincangan Fasa 3 Bagi Peserta Agrobelia Lestari Projek Penanaman Cendawan Kukur

MACHANG, 30 Jun 2025 - Program Agrobelia Lestari 2025 merupakan salah satu program KBS bagi membantu golongan belia dengan inisiatif pemerkasaan ekonomi agro. Ini sejajar dengan dasar kerajaan yang mementingkan isu sekuriti makanan dan kos sara hidup rakyat. Lima objektif Agrobelia Lestari adalah seperti berikut :

1. Meningkatkan kesedaran dan keterlibatan belia dalam bidang pertanian.
2. Menyerlahkan potensi belia dalam bidang pertanian melalui perkumpulan belia
3. Membantu belia menjana pendapatan melalui bidang pertanian
4. Meningkatkan keyakinan belia dalam mengurus projek-projek pertanian
5. Mempromosi dan mengembangkan perusahaan produk pertanian.

Kelab Belia Seri Warisan Pusaka Kemunchup, Machang merupakan salah satu daripada sepuluh pertubuhan yang berdaftar telah terpilih setelah melalui sesi pitching untuk menyertai Program Agrobelia Lestari 2025 (Projek Penanaman Cendawan Kukur). Mereka akan melalui fasa seterusnya iaitu :
- mengikuti sesi latihan berkemahiran bagi meningkatkan ilmu dan pengetahuan dalam bidang yang dipilih
- diberi dana bantuan bagi menjalankan projek Penanaman Cendawan Kukur
- dibimbing dan dipantau dalam tempoh minimum enam bulan

Satu sesi perbincangan dan lawatan awal oleh Puan Nazatul Asma binti Ariffin, Pegawai Pembangunan Ekonomi (I), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Puan Siti Shalwani binti Zakaria, Pembantu Belia dan Sukan (Belia) ke tapak projek penanaman cendawan kukur atau kulat sisir akan dilaksanakan oleh Kelab Belia Seri Warisan Pusaka Kemunchup, Machang di Kampung Kemunchup, Machang pada jumaat lalu.

Saudara Mohd Khairul Azran bin Kamil, Pengerusi Kelab Belia Seri Warisan Pusaka Kemunchup, Machang berkata “Projek Penanaman Cendawan Kukur memberi peluang kepada ahli-ahli kelab belia meneroka bidang agro pertanian yang mendapat permintaan yang tinggi sekarang. Cendawan kukur boleh mencapai harga RM100 sekilo gram. Fasa pertama ini kami akan menggunakan bongkah yang dibeli dari usahawan cendawan kukur sedia ada bagi mendapatkan hasil tuaian yang cepat sehingga 200 gram bagi satu bongkah”

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 22:58:10

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search