- JBS Kelantan
- Hits: 77
Mesyuarat Pengurusan PBSD Bachok Bil. 6/2025 Tekankan Penambahbaikan Strategi Dan Penyampaian Perkhidmatan
- JBS Kelantan
- Hits: 77
BACHOK, 30 JUN 2025 – Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok Bilangan 6 Tahun 2025 telah berjaya diadakan pada 26 Jun 2025 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat PBSD Bachok. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Mesyuarat berkala ini menghimpunkan semua pegawai dan kakitangan PBSD Bachok dalam usaha menyelaras dan menyemak pelaksanaan program serta perancangan unit-unit di bawah pentadbiran pejabat tersebut. Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk perancangan dan pelaksanaan program bagi unit Belia, Sukan, Rakan Muda serta hal-hal berkaitan Pentadbiran. Setiap wakil unit telah membentangkan laporan perkembangan semasa serta cadangan penambahbaikan bagi memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.
Puan Azma dalam ucapannya menekankan pentingnya kerjasama antara semua warga kerja PBSD Bachok dalam merealisasikan misi pejabat sebagai pemacu pembangunan belia dan sukan di peringkat daerah. Beliau turut mengingatkan agar setiap program dan inisiatif yang dilaksanakan perlu berimpak tinggi dan berfokus kepada keperluan sebenar komuniti. “Setiap unit memainkan peranan penting dalam menggerakkan agenda pembangunan belia dan sukan. Keselarasan dan komunikasi yang berkesan antara pasukan akan menentukan kejayaan bersama,” katanya.
Mesyuarat ini turut memberi ruang kepada pegawai dan kakitangan untuk berkongsi pandangan, menyuarakan cadangan serta membincangkan cabaran yang dihadapi dalam tugasan harian masing-masing.
#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
