- JBS Kelantan
- Hits: 41
MPBN Daerah Bachok “Anjak Belia Ke Arah Masa Depan Lebih Sejahtera”
- JBS Kelantan
- Hits: 41
BACHOK, 30 JUN 2025 – Sidang 1 Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Bachok bagi sesi 2025-2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Jun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam baru-baru ini.
Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Ketua Jajahan Bachok, Tuan Haji Mohd Zaki bin Yusoff, yang turut menyampaikan ucaptama bertemakan “Belia Sihat Mental, Negara Hebat: Membina Masa Depan Lebih Sejahtera”. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kesihatan mental dalam kalangan belia sebagai asas kepada kemajuan individu, masyarakat dan negara.
“Belia yang sihat mental adalah belia yang mampu membuat keputusan yang bijak, bertindak secara matang dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara. Kita perlu bina generasi yang bukan sahaja cerdas minda, tetapi juga kukuh dari segi emosi dan sosial,” tegas beliau.
Sidang ini menghimpunkan pemimpin-pemimpin belia dari pelbagai pertubuhan di sekitar daerah Bachok, agensi-agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi membincangkan isu-isu utama melibatkan pembangunan belia, termasuk kesejahteraan mental, peluang ekonomi, keusahawanan, serta penglibatan belia dalam pembangunan komuniti.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Puan Azma binti Yahya Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, wakil Majlis Belia Jajahan Bachok, agensi pelaksana dasar, serta pemegang taruh dari pelbagai sektor yang terlibat secara langsung dalam agenda pembangunan belia.
#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
