Lawatan Perbincangan Ke Pejabat ADUN Jelawat Bagi Program Rakan Muda Skill For Life Peringkat Daerah Bachok

BACHOK, 30 JUN 2025 – Satu sesi lawatan dan perbincangan rasmi telah diadakan di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat pada 17 Jun 2025 yang lalu melibatkan wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok bagi membincangkan pelaksanaan Program Rakan Muda Skill for Life Peringkat Daerah Bachok Tahun 2025.

Perbincangan ini bertujuan memperkukuhkan jalinan kerjasama antara pihak Pejabat ADUN Jelawat dan agensi belia dalam menjayakan program pembangunan kemahiran belia yang dirangka di bawah inisiatif Rakan Muda. Fokus utama perbincangan tertumpu kepada aspek pelaksanaan program, lokasi strategik, penglibatan komuniti setempat, serta sokongan sumber dan fasiliti.

Program Rakan Muda Skill for Life merupakan salah satu cabang utama di bawah inisiatif Rakan Muda yang menekankan pembangunan kemahiran insaniah dan teknikal kepada belia berumur 15 hingga 30 tahun. Antara modul yang dicadangkan termasuk kemahiran vokasional, keusahawanan, komunikasi digital, serta pengurusan diri dan kerjaya.

Turut hadir dalam sesi perbincangan ini ialah wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok, Encik Noorazihan bin Jusoh dan Encik Abd Aziz bin Nor. Lawatan ini membuktikan kesungguhan semua pihak dalam menjayakan agenda pembangunan belia secara holistik, selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan generasi muda yang berilmu, berkemahiran, dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 22:58:10

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search