- JBS Kelantan
- Hits: 46
Persiapan Rapi Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Bachok Bagi Sidang 1 Sesi 2025–2026
- JBS Kelantan
- Hits: 46
BACHOK, 30 JUN 2025 – Satu lawatan tapak bagi pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Bachok Sidang 1 Sesi 2025–2026 telah diadakan pada 19 Jun 2025 yang lalu bertempat di Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam. Lawatan ini melibatkan wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok, encik Abd Aziz bin Nor dan Puan Zayuzi biti Wan Ahmad, kakitangan teknikal serta pegawai Majlis Daerah Bachok bagi meninjau dan memastikan kesediaan lokasi bagi menjayakan sidang penting yang dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat.
Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Bachok Sidang 1 Sesi 2025–2026 dijadualkan akan berlangsung pada 25 Jun 2025 akan datang bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam. Lokasi ini dipilih kerana lokasinya yang strategik disamping cetusan idea daripada Ketua Jajahan Bachok yang juga merupakan Pengerusi MPBN Paringkat Daerah Bachok pada kali ini.
Sepanjang lawatan, perbincangan telah tertumpu kepada aspek logistik, penyusunan ruang, kemudahan audio visual, aliran kehadiran jemputan, serta keperluan teknikal lain bagi memastikan kelancaran majlis. Selain itu, turut dibincangkan ialah persiapan dokumentasi, atur cara majlis serta pelaksanaan sesi perbincangan dasar belia yang akan dikendalikan semasa sidang tersebut.
Lawatan ini turut menyentuh penyelarasan tugasan antara agensi terlibat dan pengagihan tanggungjawab bagi memastikan MPBN Sidang 1/2025–2026 dapat berlangsung dalam suasana teratur, profesional dan memberi impak tinggi kepada pembangunan belia daerah.
#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
