PKD Bachok Sedia Galas Tanggungjawab Sebagai Pembentang Usul

BACHOK, 30 JUN 2025 – Satu lawatan perbincangan rasmi telah diadakan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bachok pada 16 Jun 2025 yang lalu sebagai sebahagian daripada usaha menyelaras dan memperkukuh kerjasama bagi pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Bachok Sidang 1 Sesi 2025-2026.

Fokus utama lawatan adalah untuk membincangkan aspek penglibatan pihak kesihatan dalam menyokong pelaksanaan persidangan belia kali ini, khususnya berkaitan dengan tema yang dipilih. Sidang MPBN kali ini akan membawa tema “Belia Sihat Mental, Negara Hebat: Membina Masa Depan Lebih Sejahtera”, selari dengan keprihatinan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan generasi muda yang kian mendapat perhatian di peringkat nasional.

Pihak PKD Bachok yang diwakili oleh Dr. Razan binti Ab Samat, Pegawai Kesihatan Daerah Bachok menyatakan sokongan penuh terhadap kerjasama ini dan bersedia menyumbang kepakaran serta input dalam aspek kesejahteraan mental dan psikososial untuk dimasukkan dalam sesi perbincangan MPBN. Turut dibincangkan ialah potensi kerjasama berterusan antara PBSD dan PKD dalam menjayakan program intervensi kesihatan mental yang lebih menyeluruh di peringkat komuniti belia.

Puan Azma binti Yahya selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok pula menekankan kepentingan melibatkan agensi kesihatan dalam MPBN bagi memastikan perancangan dasar dan program belia mengambil kira aspek kesihatan yang menyeluruh, termasuk sokongan emosi dan keseimbangan mental. Lawatan ini membuktikan komitmen kedua-dua pihak untuk memperkukuh kerjasama rentas agensi dalam menangani isu-isu semasa belia, serta memastikan pelaksanaan MPBN berlangsung dengan lebih inklusif, holistik dan memberi impak positif kepada pembangunan belia di Daerah Bachok.

#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search