Penyelenggaraan Berkala Server/Pelayan Di PBSD Bachok Berada Pada Tahap Memuaskan

BACHOK, 30 JUN 2025 – Proses penyelenggaraan berkala server/pelayan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok telah dilaksanakan dengan jayanya pada 1 Jun 2025 yang lalu oleh pasukan teknikal dari Jabatan Infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri (JITN) Kelantan.

Penyelenggaraan ini merupakan rutin dua tahun sekali yang dijadualkan bagi memastikan sistem pelayan berfungsi dengan optimum, selamat dan bebas daripada sebarang gangguan teknikal yang boleh menjejaskan operasi pejabat. Pasukan teknikal JITN Kelantan telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas perkakasan dan perisian server, termasuk kemas kini sistem, pengujian sambungan rangkaian, dan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan kerosakan data. Segala kerja penyelenggaraan telah dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) tanpa menjejaskan urusan harian kakitangan PBSD Bachok.

Pasukan teknikal dari JITN berkata “Penyelenggaraan berkala ini amat penting dalam memastikan kelancaran pengurusan data, keselamatan maklumat dan kecekapan operasi pejabat yang kini bergantung sepenuhnya kepada sistem digital,” ujar beliau.

PBSD Bachok komited untuk terus meningkatkan tahap kecekapan pengurusan melalui sokongan teknologi terkini, selaras dengan usaha pendigitalan sektor perkhidmatan awam demi perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan mesra belia.

#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search