- JBS Kelantan
- Hits: 59
Lawatan Susulan Peminjam TKWAPEB Temukan Hasil Positif
- JBS Kelantan
- Hits: 59
BACHOK, 30 JUN 2025 – Satu lawatan oleh wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok pada 11 Jun 2025 yang lalu bagi meninjau situasi semasa melibatkan peminjam Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia (TKWAPEB) yang telah meninggal dunia. Lawatan ini melibatkan beberapa lokasi di sekitar daerah Bachok.
Tujuan utama lawatan adalah untuk menilai tahap ekonomi penjamin bagi kedua-dua peminjam yang telah disahkan meninggal dunia sebagai salah satu proses penting dalam urusan cadangan hapuskira pinjaman yang tertunggak. Pemerhatian secara langsung ini dilakukan bagi memastikan pertimbangan yang adil, telus dan berpandukan kepada keadaan sebenar pihak penjamin.
Lawatan ini juga melibatkan sesi temubual dan semakan maklumat sokongan bersama waris serta penjamin bagi mendapatkan gambaran menyeluruh terhadap kemampuan kewangan mereka dan impak terhadap sebarang tanggungan baki pinjaman yang masih wujud.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, Puan Azma binti Yahya yang turut serta dalam lawatan tersebut berkata bahawa lawatan sebegini penting untuk memastikan setiap proses yang melibatkan dana amanah awam dijalankan dengan penuh akauntabiliti dan keprihatinan terhadap situasi semasa peminjam dan penjamin. “Kita bukan sahaja melihat aspek dokumen, tetapi juga realiti di lapangan agar keputusan yang dibuat benar-benar mempertimbangkan keadaan sosioekonomi penjamin yang terlibat,” jelas beliau.
Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia merupakan inisiatif pembiayaan mikro untuk belia yang ingin menceburi bidang ekonomi, dan pihak PBSD komited untuk memastikan pengurusan pinjaman berjalan dengan lancar serta menyokong kesejahteraan semua pihak terlibat, termasuk dalam kes-kes khas seperti ini.
#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
