- JBS Kelantan
- Hits: 29
Temu Mata MAYC Bachok Bersama PBSD : Pertemuan Strategik Perkasakan Agenda Belia Daerah
- JBS Kelantan
- Hits: 29
BACHOK, 30 JUN 2025 – Satu sesi Temu Mata antara Majlis Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Bachok bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok telah berlangsung pada 18 Mei 2025 yang lalu bertempat di PBSD Bachok sebagai usaha memperkukuh kerjasama dan menyelaras pelaksanaan program-program belia yang akan datang di peringkat daerah.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, dan turut dihadiri oleh pegawai serta kakitangan PBSD Bachok. MAYC Bachok pula diwakili oleh Pengerusinya, Saudara Ahmad Faris bin Yusof, serta Ketua Satria MAYC Kawasan Bachok, Saudara Zulfaizi.
Perbincangan tertumpu kepada agenda pembangunan belia termasuk cadangan pelaksanaan program berbentuk kepimpinan, sahsiah, kemahiran dan keterlibatan komuniti yang dirancang sepanjang tahun 2025. Tumpuan turut diberikan kepada penyelarasan kolaborasi antara PBSD dan MAYC dalam menjayakan program di bawah inisiatif Rakan Muda, program kemasyarakatan serta aktiviti pengukuhan jatidiri belia.
Puan Azma dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan MAYC atas komitmen berterusan dalam menggerakkan aktiviti belia di peringkat akar umbi. Beliau juga menyatakan harapan agar pertemuan ini menjadi titik tolak kepada pelaksanaan program yang lebih tersusun, menyeluruh dan berimpak tinggi.
Sementara itu, Saudara Ahmad Faris turut menyatakan kesediaan MAYC Bachok untuk terus berganding bahu dengan PBSD dalam menjayakan pelbagai program yang menyasarkan pembangunan sahsiah, kemahiran dan kepimpinan dalam kalangan belia setempat.
#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI