Wakil Peserta Bachok Menyerlah Di Program Inspire i-Talent Peringkat Negeri Kelantan 2025

BACHOK, 30 JUN 2025 – Seramai 28 orang peserta dari Daerah Bachok yang mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok telah berjaya mencuri perhatian dalam Program Inspire i-Talent Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 21 hingga 22 Mei 2025 yang lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 10 orang peserta berjaya mara ke peringkat saringan akhir, membuktikan pencapaian yang membanggakan dan memperlihatkan potensi besar dalam kalangan peserta dari Bachok. Kejayaan ini sekali gus meletakkan PBSD Bachok antara daerah yang menyerlah dalam program berimpak tinggi ini. Program Inspire i-Talent merupakan platform pembangunan sukan yang menyasarkan penglibatan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam bidang sukan sebagai salah satu usaha melahirkan atlet para negara masa hadapan. Antara objektif utama program ini adalah untuk mengenalpasti bakat asas dan keupayaan sukan dalam kalangan OKU.

Kejayaan peserta dari Bachok ini adalah hasil kerjasama erat antara PBSD Bachok, pihak keluarga, komuniti serta agensi yang sentiasa menyokong usaha memperkasakan OKU melalui platform sukan dan pembangunan sahsiah. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, Puan Azma binti Yahya, turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta atas pencapaian yang membanggakan ini. “Kejayaan ini bukan sekadar menonjolkan bakat, tetapi menunjukkan bahawa OKU juga mampu berdiri setanding, menyumbang dan mengharumkan nama daerah serta negara dalam arena sukan,” ujar beliau.

PBSD Bachok berharap kejayaan ini akan menjadi titik tolak kepada usaha yang lebih bersepadu dalam memperkasakan komuniti OKU, seterusnya membina laluan kepada pembentukan atlet para negara yang unggul.

#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search