- JBS Kelantan
- Hits: 34
Kuasa Belia : Ubah Diri, Ubah Dunia" Cetus Inspirasi Di IKTBN Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 34
BACHOK, 30 JUN 2025 – Surau As-Sallam, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah menjadi lokasi penuh inspirasi dengan penganjuran ceramah Port Santai Janji Sampai (Rehat Minda) bertemakan "Kuasa Belia: Ubah Diri, Ubah Dunia" yang berlangsung pada 15 Mei 2025 yang lalu sempena sambutan Semarak Hari Belia Negara Peringkat daerah Bachok Tahun 2025.
Ceramah ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Jurik bin Ismail, mantan Pegawai Sahsiah IKTBN Bachok yang juga dikenali sebagai tokoh motivasi belia yang berpengalaman luas dalam membentuk sahsiah dan jatidiri anak muda. Dalam ceramahnya, beliau menekankan bahawa perubahan besar dalam masyarakat dan dunia bermula dengan perubahan kecil dalam diri setiap individu. Beliau mengajak para belia untuk berani keluar dari zon selesa, mengasah potensi diri serta menyumbang kepada pembangunan komuniti dan negara.
“Setiap belia adalah pemimpin masa depan. Untuk mengubah dunia, kita mesti bermula dengan mengubah diri kita – dari segi disiplin, pemikiran dan tindakan,” tegas beliau dalam sesi yang penuh dengan motivasi dan refleksi diri.
Kehadiran pelajar yang ramai serta keterlibatan aktif dalam sesi soal jawab membuktikan bahawa pendekatan santai namun padat dengan mesej ini berjaya menyentuh hati dan membangkitkan semangat mereka untuk terus maju ke hadapan sebagai agen perubahan.
#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI