- JBS Kelantan
- Hits: 29
Ini Masa Kita! Belia Bachok Bersatu Hati
- JBS Kelantan
- Hits: 29
BACHOK, 30 JUN 2025 – Sambutan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Bachok 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat dan warna-warni pada 15 Mei 2025 yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Haji Mohd Zaki bin Yusoff, Ketua Jajahan Bachok, yang turut menyampaikan amanat istimewa kepada golongan belia. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada belia yang terus menjadi nadi pembangunan negara dan menyeru agar golongan muda terus melibatkan diri secara aktif dalam bidang kemahiran, keusahawanan dan kepimpinan. “Belia masa kini bukan sahaja pewaris negara, malah pemacu utama dalam mendepani cabaran global. Kita mahu belia yang berani, berilmu dan berintegriti,” ujar beliau.
Sambutan ini berjaya menarik kehadiran lebih 600 orang peserta, termasuk para pelajar, pegawai dan kakitangan IKTBN Bachok, serta wakil-wakil agensi kerajaan, pertubuhan belia dan komuniti setempat. Pelbagai pengisian menarik telah dianjurkan sepanjang program, termasuk pameran belia, persembahan kesenian, ceramah motivasi, sukan santai, dan aktiviti interaktif yang menonjolkan bakat serta potensi belia tempatan.
Antara objektif utama sambutan ini ialah untuk mengiktiraf sumbangan belia kepada pembangunan daerah dan negara, di samping memperkukuh jalinan kerjasama antara agensi serta memberi ruang kepada belia menonjolkan idea dan kreativiti mereka. Turut serta adalah Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan sukan Daerah Bachok serta semua pegawai dan kakitangan.
#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI